St. Louis Cardinals
St. Louis Cardinals

St. Louis Cardinals

St. Louis Cardinals ialah pasukan besbol Amerika yang berpusat di St. Louis. Pasukan Cardinals bertanding di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota National League (NL) Central. Sejak tahun 2006, Cardinals telah beraksi di venue Busch Stadium yang terletak di Downtown St. Louis. Cardinals merupakan salah sebuah pasukan profesional besbol tertua dan paling berjaya. Cardinals berjaya menjuarai 11 kejuaraan Siri Dunia dan menandakan ia merupakan pasukan pertama dari NL dan pasukan kedua dalam MLB selepas New York Yankees yang merekodkan kejuaraan terbanyak.[5][6] Pasukan ini juga merangkul 19 pennant National League serta memenangi 15 gelaran divisyen di cawangan East dan Central.Pada tahun 1881, usahawan Chris von der Ahe telah membeli pasukan Brown Stockings dan menamakannya kepada St. Louis Browns. Pasukan ini kemudian bertanding di liga besbol American Association. Mereka menjuarai empat kejuaraan liga untuk layak ke siri kejuaraan besbol, iaitu kejuaraan berprestij sebelum adanya Siri Dunia moden..[7] Dalam dua daripada kejohanan tersebut, Browns telah berentap dengan pasukan Chicago White Stockings, kini dikenali sebagai Chicago Cubs sekali gus memulakan persaingan Cardinals–Cubs.Pada tahun 1892, Browns yang juga disebut sebagai Perfectos menyertai National League. Pada tahun 1900, pasukan ini dinmakan kepada Cardinals. (Menjelang dua tahun kemudian, pasukan yang tiada perkaitan iaitu St. Louis Browns menyertai American League.)Antara pencapaian dan sumbangan Cardinals ialah penubuhan farm system oleh pengurus Branch Rickey, Rogers Hornsby meraih dua rekod Triple Crowns, Dizzy Dean meraih 30 kemenangan sebagai pelempar pada tahun 1934, Stan Musial menghasilkan 17 rekod MLB dan 29 rekod NL, Bob Gibson mencatatkan 1.12 purata peroleh larian (ERA) pada 1968, gaya Whiteyball yang diperkenalkan oleh Whitey Herzog, Mark McGwire menghasilkan rekod home run tertinggi dalam satu musim pada 1998, pasukan kejuaraan 2011 yang melakukan kebangkitan dramatik[8] dan rekod 700 home run oleh Albert Pujols. Cardinals juga telah meraih 105 kemenangan atau lebih dalam empat musim serta mencatatkan 100 kemenangan atau lebih sebanyak sembilan kali. Cardials melahirkan 21 pemain MVP, empat Triple Crown dan tiga penerima Anugerah Cy Young. Antara pemain yang disenaraikan ke dalam Dewan Kemahsyuran termasuklah Lou Brock, Dizzy Dean, Bob Gibson, Whitey Herzog, Rogers Hornsby, Joe Medwick, Stan Musial, Enos Slaughter, Branch Rickey, Red Schoendienst, Ozzie Smith, Ted Simmons dan Bruce Sutter.Pada 2018, Forbes meletakkan nilai Cardinals pada $1.9  bilion, menjadikan ia pasukan ketujuh MLB tertinggi dan lebih daripada $147 juta dibayar oleh pemilik kumpulan pelaburan William DeWitt, Jr. pada tahun 1995. John Mozeliak kini menjawat jawatan sebagai Presiden Operasi Besbol, Mike Girsch menjadi pengurus am manakala Oliver Marmol pula berperanan sebagai pengurus.[9][10] Cardinals dikenali sebagai pasukan yang memiliki penyokong kuat walaupun dari segi pasaran, pasukan ini agak sederhana. Pasukan ini juga mencatatkan antara rekod kedatangan penonton tertinggi dan terletak pada kedudukan tiga teratas dalam tontonan televisyen oleh MLB.[11][12]Sehingga tahun 2022, rekod menang-kalah Cardinals sepanjang zaman ialah 11,134-10,238.[13]

St. Louis Cardinals

Pemilik Bill DeWitt Jr.
Nombor tidak digunakan
Presiden Operasi Besbal John Mozeliak
Pengurus Oliver Marmol
NL Pennant (19)
Wild card berths (5)[lower-alpha 5]
East Division titles (3)[lower-alpha 4]
Central Kejuaraan Divisyen (12)
Kejuaraan Siri Dunia (11)
  • 1926
  • 1931
  • 1934
  • 1942
  • 1944
  • 1946
  • 1964
  • 1967
  • 1982
  • 2006
  • 2011
Pengurus Besar Mike Girsch
AA Pennants (4)

Rujukan

WikiPedia: St. Louis Cardinals https://www.mlb.com/news/allie-may-schmidt-inspire... https://www.mlb.com/cardinals/press-release/press-... https://secure.mlb.com/pressbox/styleguide/downloa... https://www.espn.com/mlb/recap?gameId=240919124 https://www.thehechtmangroup.com/how-the-cardinals... https://bleacherreport.com/articles/1544379-3-reas... https://www.baseball-reference.com/teams/STL/ https://www.mlb.com/cardinals/team/front-office https://www.mlb.com/cardinals/news/cardinals-promo... http://www.denverpost.com/lunchspecial/ci_21219530...